Dialog Prestasi Menengah Bil.1 2017

Program Dialog Prestasi Menengah Bil.1 2017 Daerah Jerantut telah diadakan pada 30 Mac 2017 (Khamis) di Dewan al-Farabi, PPD Jerantut. Sebanyak 17 sekolah menengah telah hadir sama ada diwakili pengetua masing-masing atau GPK.
PPD Jerantut telah diketuai oleh Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Tuan haji Firdaus bin Haji Shuaib Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Encik Musa bin Jais, Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik, Encik Ahmad Rahimi bin Bahaudin, Ketua Unit SPK, para pegawai Unit Pengurusan Akademik dan para pegawai SiSC+.
Dialog berkenaan  telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.20 tengah hari. Selain analisis SPM, antara perkara utama yang dibincangkan ialah perkongsian amalan terbaik beberapa sekolah dan perancangan tahun 2017.

Persiapan tempat:



 Pendaftaran:
 Dialog bermula:





Dialog Prestasi Rendah Bil.1/2017

Dialog Prestasi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Jerantut Bilangan 1 tahun 2017, telah diadakan pada 23 Mac 2017 (Khamis). Program berkenaan telah dipengurusikan oleh Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut. Fokus pembentangan kepada Profil Sekolah,  perancangan akademik 2017, keberadaan murid dan guru, serta sekolah berasrama. Program telah bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.15 petang.











Penyampaian Keputusan SPM 2016

Alhamdulillah daerah Jerantut buat kali ke 4 berturut-turut di tempat teratas negeri Pahang dalam keputusan SPM 2016. Majlis penyampaian keputusan oleh Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut kepada semua pengetua telah diadakan di Dewan al-Farabi, PPD Jerantut pada 16 Mac 2017.

Tahniah kepada semua calon, guru-guru, pengetua dan ibu bapa.




 

Bengkel Pengurusan Profesioanalisme PGB dan GPK1 Sekolah-sekolah daerah Jerantut Bil.1 2017

Bengkel Pengurusan Profesioanalisme PGB dan GPK1 Sekolah-sekolah daerah Jerantut Bil.1 2017. Pada 8 Mac di SMKA TAHAP.

Muat turun bahan-bahan taklimat/ceramah:
1. Networking of Academic Development Initiatives (NADI).
2. Penawaran dan Penutupan MPEI 
3. Ucap utama Tuan PPD
4. KPI UPA PPDJ 2017
5. KBAT 2016
6. Garis panduan pelaksanaan 5P 2017
7. Panduan mengisi template 
8. Pengurusan data