Surat Rasmi

PANDUAN PENGURUSAN SURAT RASMI KERAJAAN

1. PENGENALAN
Surat rasmi merupakan salah satu cara perhubungan yang penting di antara
agensi Kerajaan dengan agensi Kerajaan yang lain dan orang ramai. Surat
disediakan bertujuan untuk menyampai atau mendapatkan maklumat, arahan,
tindakan dan keputusan.
Surat rasmi yang disediakan oleh agensi Kerajaan terdapat dalam bentuk
dokumen, surat dan memo. Sesuai dengan perkembangan teknologi
maklumat, surat kini boleh dihantar melalui electronic mail (emel) secara cepat
dan segera selain melalui pos, penghantaran tangan dan faks.

2. FORMAT SURAT RASMI
2.1 Menggunakan Kertas Rasmi Jabatan (Letter Head)
 Semua surat rasmi jabatan hendaklah ditaip atas kertas rasmi
jabatan (Letter Head). Letter Head merupakan pengenalan
kepada Kementerian / Jabatan / Agensi ( mengandungi alamat
lengkap) yang mana memudahkan urusan surat menyurat.
 Surat hendaklah dibuat dalam dua salinan:
 mengandungi letter head untuk edaran luaran;
 tidak mengandungi letter head yang dikandungkan ke
dalam fail; dan
 Sekiranya perlu, satu salinan surat yang sama dikandungkan
dalam fail timbul.

Nota: Didapati amalan kini, surat hanya disediakan satu sahaja (ada
letter head) untuk ditandatangani dan kemudiannya dibuat
salinan (fotostat) serta dikandungkan dalam fail.
2.2 Nombor Rujukan
Nombor rujukan hendaklah dicatatkan di ruang atas sebelah
kanan surat. Rujukan Kami di baris pertama dan diikuti dengan
Rujukan Tuan di baris berikutnya. Jarak Rujukan Kami dengan
Rujukan Tuan adalah satu enter. Nombor Rujukan mesti disertakan
dalam surat rasmi kerana ianya merupakan tool untuk
memudahkan rujukan, pengesanan dan penyimpanan dalam fail.
2.3 Tarikh
Tarikh surat dicatat satu enter di bawah Rujukan Kami dan Rujukan
Tuan.
2.4 Mengalamatkan Surat
Surat-surat yang dialamatkan kepada jabatan atau perseorangan
hendaklah ditulis dengan jelas seperti nama dan alamat penerima.
Semua surat rasmi kecuali surat yang dituju kepada mana-mana
individu tertentu hendaklah dialamatkan kepada Ketua Jabatan.
Jika surat yang dituju mempunyai pangkat gelaran kebesaran,
seperti Tun/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin, maka hendaklah ditulis
dengan pangkat gelarannya dan didahului dengan kata hormat
yang sesuai seperti Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Yang Mulia
dan lain-lain.

Contoh mengalamatkan surat adalah seperti berikut:-
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,
Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.
(u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman)

Seksyen Pentadbiran
Yang Berbahagia Datuk Zainol Bin Othman
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,
Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.

2.5 Permulaan Surat
Surat yang ditujukan kepada agensi hendaklah dimulakan dengan
‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang dikhususkan kepada Ketua
Jabatan/Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah
didahului dengan kata hormat dan gelaran kebesarannya. Begitu
juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran
kebesaran.
2.6 Tajuk Surat
Tajuk surat hendaklah ditulis dengan ringkas dan tepat. Gunakan
huruf besar dan dihitamkan (bold). Tajuk dihadkan kepada satu
perkara sahaja. Tajuk yan diberi akan membayangkan kandungan
surat berkenaan.
Page | 4
2.7 Kandungan Surat
 Semua surat rasmi yang dikeluarkan hendaklah mengandungi
maksud yang jelas dan terang.
 Surat hendaklah dimulakan dengan:
‘Dengan hormatnya saya diarah merujuk’
‘Dengan hormatnya izinkan saya merujuk’
 Penulisan perenggan pertama surat tidak perlu dinomborkan.
 Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan di sebelah kiri
(bermula dengan nombor 2.)
 Perenggan penutup tidak perlu dinomborkan.
 Jika melebihi dari satu helaian surat, nombor mukasurat bagi
setiap helaian secara seturut hendaklah dicatat.
 Nombor-nombor atau huruf-huruf perlu diberikan kepada
lampiran yang disertakan bersama surat seperti ‘Lampiran A’
atau ‘Lampiran 1’. Nombor atau huruf lampiran ini mestilah
sama seperti yang dinyatakan dalam surat.
2.8 Motto atau Slogan Jabatan
 Motto atau slogan jabatan hendaklah ditulis selepas
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 Seelok-eloknya motto atau slogan dicetak di kertas rasmi
jabatan (Letter Head).
2.9 Penutup Surat
 Tiap-tiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan ‘Saya yang
menurut perintah’ sebelum tandatangan pegawai berkenaan.
 Jika pegawai yang menandatangani surat bukan Ketua
Jabatan, pegawai berkenaan hendaklah menandatangani
bagi pihak (b.p) Ketua Jabatan. Nama pegawai tersebut
hendaklah menggunakan HURUF BESAR.
 Hanya pegawai yang namanya dicatat sahaja yang boleh
menandatangani surat rasmi.
Contoh penutup surat adalah seperti berikut:-
Saya yang menurut perintah,
( NOOR AZMAN BIN ABDUL RAHMAN )
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan
b.p. Ketua Setiausaha Negara
Format Surat (letter head)
Page | 6
2.10 Salinan Kepada
 Bagi surat yang perlu dibuat salinan kepada pihak lain selain
penerima, hendaklah ditulis seperti format berikut:
s.k:
1. Osman Jailani
KPSU (K) P
2. Saenah Binti Bahari
PSU (P) T
3. Zailan Bin Murad
Jurutera
Format Salinan Surat
(tiada letter head)
Page | 7
 Jika pegawai dari Kementerian / Jabatan / Agensi yang
berlainan, alamat penuh hendaklah dicatat bersekali.
1. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri
Aras 2, Blok B8
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA.
( u.p: Osman bin Jailani)
2. Ketua Pengarah
Arkib Negara Malaysia
Jalan Duta, 50568 KUALA LUMPUR.
(u.p: Puan Saenah Binti Bahari)
2.11 Format Surat Terperingkat Dengan Tanda Keselamatan
 Surat terperingkat hendaklah ditaip atau dicop peringkat
keselamatan (RAHSIA BESAR/ RAHSIA/ SULIT/ TERHAD) dengan
HURUF BESAR di penjuru kiri sebelah atas dan di penjuru
kanan sebelah bawah tiap-tiap muka surat dengan huruf
besar berukuran 7 mm dan dihitamkan. Contoh surat
terperingkat seperti di bawah.

3. MEMO
3.1 Definisi
Merupakan satu arahan ringkas dan padat yang mengandungi
maksud tertentu untuk makluman atau tindakan.
3.2 Tujuan
Satu arahan, tindakan dan makluman bertulis edaran dalaman
bagi sesebuah Kementerian / Jabatan / Agensi.
Surat/Dokumen Sulit dan Rahsia

3.3 Pemakaian
Memo hanya digunakan sebagai edaran ke
Bahagian/Seksyen/Unit di agensi yang sama (dalam bangunan
yang sama). Memo tidak dibenarkan diedarkan ke cawangan
negeri. Edaran makluman, arahan dan tindakan ke cawangan
negeri hendaklah menggunakan surat rasmi dengan
menggunakan kertas rasmi jabatan (letter head).
3.4 Format Memo

4. PENDAFTARAN SURAT RASMI YANG DITERIMA DARI KEMENTERIAN
/ JABATAN / AGENSI
4.1 Penerimaan
 Penerimaan surat melalui pos/hantar sendiri hendaklah dipusatkan
setempat contohnya di Seksyen Pentadbiran atau di Bahagian
Khidmat Pengurusan di Kementerian / Jabatan / Agensi.
 Surat yang diterima melalui pos atau dihantar sendiri oleh jabatan
pengirim akan dibuka oleh pegawai / kakitangan yang
dipertanggungjawabkan.
 Surat yang diterima hendaklah dicop terima dan tarikh terima surat
atas muka pertama surat tersebut. Contoh cop terima seperti di
bawah:
Cop Terima Surat Rasmi

4.2 Pendaftaran
 Surat yang diterima akan diasingkan pemilihan kepada dua peringkat.
 Rasmi atas nama jawatan Ketua Pengarah, Timbalan, Ketua
Bahagian/ Seksyen dan pegawai yang berkenaan.
 Peribadi atas nama persendirian pegawai atau kakitangan.
 Surat yang diterima hendaklah didaftarkan dalam BUKU DAFTAR SURAT
MENYURAT (AM 10-PIN. 3/ 80) atau SISTEM PENDAFTARAN SURAT
SECARA ONLINE yang telah dibangunkan oleh Kementerian / Jabatan
/ Agensi (Sistem yang dibangunkan hendaklah mengambilkira format
yang sama dalam BUKU DAFTAR SURAT MENYURAT (AM 10-PIN.3/80).
Buku Daftar Surat Menyurat (Am 10-Pin. 3/ 80)
Bil. Tarikh
Penerimaan
Daripada
Kementerian/Jabatan/Agensi
Tarikh
Surat
No. Fail
Kementerian
Perkara Dirujukkan
kepada
Sistem Pendaftaran Surat Secara Online

 Hantar surat kepada Ketua Jabatan/ Ketua Bahagian/ Ketua
Seksyen untuk tindakan dan diminitkan.
 Surat yang telah diminitkan untuk tindakan hendaklah
dikandungkan segera ke dalam fail.
 Edarkan fail tersebut kepada pegawai yang berkenaan (yang
diminitkan oleh Ketua Jabatan) mengikut bahagian / Seksyen / Unit
masing-masing.
 Carta aliran penerimaan dan pendaftaran surat rasmi seperti
berikut:

4.3 Surat / Dokumen Terperingkat
 Serahkan surat / dokumen yang diterima dari Kementerian /
Jabatan / Agensi kepada Unit Pendaftaran Sulit, untuk cop
penerimaan dan tarikh terimaan.
 Surat / dokumen yang diterima hendaklah didaftarkan dalam BUKU
DAFTAR SURAT MENYURAT (AM 10-PIN.3/80). Buku ini hendaklah
dikhaskan untuk mendaftar dokumen dan surat terperingkat sahaja
dan asingkan dengan Buku Daftar Surat-Meyurat untuk surat
terbuka.
 Surat / dokumen yang disediakan untuk edaran luar yang mana
tertakluk di bawah jadual1, hendaklah didaftarkan dalam Buku
Daftar Am 4922 dan surat atau dokumen yang tertakluk di luar
jadual, hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Am 492A.
5. PENDAFTARAN SURAT RASMI YANG DIHANTAR KE KEMENTERIAN /
JABATAN / AGENSI
5.1 Pendaftaran
 Daftarkan semua surat yang keluar melalui BUKU DAFTAR SURAT
KELUAR.
1 (a) Suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Jemaah Menteri termasuklah juga suratan, rekod keputusan dan
pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Jemaah Menteri.
(b) suratan, rekod keputusan dan pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuklah juga suratan, rekod
keputusan dan pertimbangan jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
(c) suratan berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan perhubungan antarabangsa.
2 Apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai ‘Rahsia Besar’
‘Rahsia’ ‘Sulit’ atau ‘Terhad’ mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri
sesuatu negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B.

Format Buku Daftar Surat Keluar
Bil. Nama Kementerian /
Jabatan / Agensi
Tarikh Surat No. Rujukan Perkara / Tajuk
5.2 Penghantaran
 Penghantaran surat rasmi adalah melalui pos / hantar tangan/faksimili.
 Surat-surat rasmi yang dihantar tangan hendaklah direkodkan dalam
BUKU KIRIMAN SURAT DENGAN TANGAN (AM 109-PIN. 3/82) dan
ditandatangani oleh penerima dan cop Kementerian /Jabatan /
Agensi yang menerima berserta tarikh atau menggunakan SLIP
PENERIMAAN (PERS.67-PIN. 3/87) dengan butiran yang sama iaitu
ditandatangani oleh penerima, cop dan tarikh.

Buku Kiriman Surat Dengan Tangan
(Am 109-Pin. 3/82)
Slip Penerimaan (Pers.67-Pin. 3/87)

Lampiran 1
TAFSIRAN SURATAN / DOKUMEN TERPERINGKAT
RAHSIA BESAR
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang
jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan
kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.
RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang
jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan
keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada
kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi
keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.
SULIT
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika
didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak
membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan
Kerajaan atau individu atau menyebabkan keadaan malu,
kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan
keuntungan kepada kuasa asing.
TERHAD
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain
daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi
perlu juga diberi perlindungan keselamatan hendaklah
diperingkatkan sebagai Terhad.

0 Comment to "Surat Rasmi"

Catat Ulasan