Program Transisi Murid Tahun 1 2018

Program Transisi dan Guru Penyayang Murid Tahun 1 2018
Bahan-bahan bantuan pelaksanaan.

Tuan / puan boleh memuat turun bahan-bahan yang berkaitan di laman ini. Walau bagaimanapun ia hanyalah cadangan dan contoh. Pihak sekolah hendaklah mengambil kira kesesuaian di sekolah tuan / puan. Terima kasih. Klik...
1. Bahan-bahan Program Transisi Murid Tahun 1 2018
2. Kertas Kerja Transisi 2018     
3. Surat JPN       
4. Instrumen Pemeriksaan Pelaksanaan

NADI UPSR Pembinaan JSU dan Item.

Alhamdulillah... program NADI UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan pada 26 April (Bahasa Inggeris), 27 April (Matematik), 3 Mei (Sains) dan 4 Mei (Bahasa Melayu). Terima kasih kepada semua Penyelaras MP dan para peserta yang telah hadir merialisasikan penghasilan JSU dan soalan seperti yang telah dirancang.  

Bengkel JSU dan Pembinaan Item NADI Menengah P2

Semua mata pelajaran SPM program NADI telah menyelesaikan Perjumpaan ke-2 di lokasi masing-masing dalam minggu lepas dan minggu ini. Perjumpaan ke-2 khusus untuk menghasilkan JSU dan soalan/iem mata pelajaran masing-masing.
Laporan dan JSU serta soalan-soalan juga telah mula dihantar ke e-mel nadippdj2017@gmail.com.










Bengkel JSU untuk Penyelaras Mata Pelajaran Program NADI

Bengkel JSU dan pembinaan item berkenaan telah dilangsungkan di PKG Temin pada 13 April 2017. Dihadiri oleh para Penyelaras semua mata pelajaran UPSR dan SPM bagi program 'Networking of Academic Development Initiatives' (NADI).

Bengkel telah dibimbing oleh Puan Sabariah bt Sanusi dari SMK Inderapura yang merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman dalam pengubalan soalan terutama untuk mata pelajaran Sains.
 * Bahan-bahan bengkel daripada Puan Sabariah saya akan muat naik beberapa hari lagi. Terima kasih.









Bengkel Pelaksanaan PKLSMB Bil.1 2017

Bengkel Pelaksanaan Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sains, Matematik dan Bacaan (PKLSMB) Bil.1 2017 telah dilaksanakan pada 05 April 2017 yang lalu di Dewan al-Farabi, PPD Jerantut. Penceramah dan fasilitator bengkel berkenaan ialah Encik Eszri bin Sies, Penolong Pengarah Sains Menengah, JPN Pahang.
Bengkel dihadiri oleh semua Ketua Bidang Sains Matematik dan Bahasa 17 sekolah menengah di daerah Jerantut.

Bengkel bertujuan mendedahkan tatacara pelaksanaan pentaksiran yang melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik., Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan melibatkan 15 orang calon setiap sekolah. Pentaksiran (PKLSMB) berkenaan hendaklah selesai sebelum 28 Mac 2017.

Bagi tujuan tersebut, fail-fail berkenaan boleh dimuat turun  dalam blog ini. Fail-fail berkenaan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan PKL.











Dialog Prestasi Menengah Bil.1 2017

Program Dialog Prestasi Menengah Bil.1 2017 Daerah Jerantut telah diadakan pada 30 Mac 2017 (Khamis) di Dewan al-Farabi, PPD Jerantut. Sebanyak 17 sekolah menengah telah hadir sama ada diwakili pengetua masing-masing atau GPK.
PPD Jerantut telah diketuai oleh Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Tuan haji Firdaus bin Haji Shuaib Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut, Encik Musa bin Jais, Ketua Unit, Unit Pengurusan Akademik, Encik Ahmad Rahimi bin Bahaudin, Ketua Unit SPK, para pegawai Unit Pengurusan Akademik dan para pegawai SiSC+.
Dialog berkenaan  telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.20 tengah hari. Selain analisis SPM, antara perkara utama yang dibincangkan ialah perkongsian amalan terbaik beberapa sekolah dan perancangan tahun 2017.

Persiapan tempat:



 Pendaftaran:
 Dialog bermula:





Dialog Prestasi Rendah Bil.1/2017

Dialog Prestasi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Jerantut Bilangan 1 tahun 2017, telah diadakan pada 23 Mac 2017 (Khamis). Program berkenaan telah dipengurusikan oleh Tuan Haji Ali Afandi bin Abdul Majid, Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut. Fokus pembentangan kepada Profil Sekolah,  perancangan akademik 2017, keberadaan murid dan guru, serta sekolah berasrama. Program telah bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 4.15 petang.